** Semua harga pakej perkahwinan & pertunangan bermula dengan harga yang tertera di setiap pakej di dalam blog ini. Sekiranya ada perubahan, penambahan & permintaan yang dikemukakan oleh pihak pelanggan, harga bagi setiap pakej akan dibincangkan semula. Bagi yang berminat & ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi kami, Pn. Suzana 012-727 1272 @ Ain 017-702 1812 **



Nota : Harga untuk pelamin & persalinan pengantin adalah mengikut trend & pattern.
Kos pengangkutan tidak termasuk di dalam mana-mana pakej.

Jika anda berminat dengan hasil kerja kami, tetapi anda inginkan pattern & design anda sendiri.... Jangan risau.. hanya e-mailkan design anda & kita akan berbincang...



Harap maklum.

Wednesday 14 March 2012

Pengumuman...


Di sini, Su ada satu pengumuman...

Untuk bulan March 2012 ~ pertengahan May 2012, Su akan berehat dari sesi andam-mengandam, mekap-memekap coz Su sedang tunggu hari bersalin +++ pantang .... hurrrmmmm... Insya-Allah dlm minggu 3~4 bulan March ni, Su akan melahirkan anak ke-3..



Tapi, u olss jgn risau coz ada replacement utk sesi tu sekiranya u ols masih inginkan khidmat pakej perkahwinan D'Suzana Couture...

So, segala urusan sewa & booking pelamin2, baju2 pengantin, akesori2 & etc.. etc.. masih berjalan spt biasa coz ada org yg akan uruskan... Don't worry.. Don't worry... hihiiihi

So, I'll miss u ols & doakanlar semoga segala urusan baby & mama dia ni akan berjalan lancar.. Insya-Allah...




Monday 12 March 2012

Mekap Nikah & Sanding @ 10/03/2012

Salam semua....

Sabtu lepas, Su ada 2 job dlm satu hari.. Nasib baik la.. Tempat x jauh.. hihihi... Kedua-dua job ni, permintaan pengantin2 nya ada lah sama... "Tak mahu kening dicukur"... So, Su hormati permintaan mereka..
Bagi saper2 kat luar sana, nkkan permintaan yang sama, boleh la bgtau Su, ok??!.. Insya-Allah.. No problem munyer!!! Jgn diam aje.. hihihi
Walau mcm mana pn, Su tetap akan jadikan korang gorgeous, absolutely !!
Jom kita lihat...

Majlis pernikahan Widad @ Tasek Merdeka, Batu Pahat






Majlis Persandingan Shida @ Parit Imam, Batu Pahat





Amacam?? Betul x??

Kat sini, Su tambah sikit lagi...

Ingat x, pelamin baru Su pd post yang lepas.. Yess!! Pelamin tu dh pn, dirasmikan oleh Shida.. dan pasangannya, Azam...



Kepada kedua-dua pasangan mempelai,

"Terima Kasih kerana memberi kepercayaan kepada D'Suzana Couture

&

SELAMAT PENGANTIN BARU... SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT..."


TAHNIAH!!

Friday 9 March 2012

Pelamin @ Pejabat Kadi, Batu Pahat

Kebiasaannya, majlis akad nikah diadakan di surau, masjid & rumah.. Di Batu Pahat pula, Pejabat Kadi Batu Pahat telah beri 1 lagi inisiatif kepada bakal2 pengantin utk bernikah di pejabat mereka.. Istimewanya bernikah di pejabat kadi ni, salah satunya, ada pelamin!! yes!! kami telah diberi kepercayaan untuk menyediakan satu pelamin yang ringkas utk pasangan selepas bernikah bergambar bsama family.. NICE kan??


So, jika tiada ruang yang mencukupi untuk majlis akad nikah di rumah @ di mana saje, pejabat kadi pn boleh... Kemudahan sudah disediakan.. Jadi, x perlula nk pening2 kepala cari tempat, kan??



Pelamin baru

Salam.... pejam celik, pejam celik... dah masuk 9 bulan rupenya... kejap lagi baby pn nak kluar la... mmmm... so, sebelum baby keluar, apa kata kita reveal pelamin terbaru... orange colour!!! wah!! terang benderang, gitu! hehehehe...





Betul x??? kan.. kan.. kan.. barulah meriah majlis perkahwinan ni.... yeay!! "Saya suka.. saya suka.."

Berkenan x?? So, apa lagi??? Jom ramai2 kita serang butik D'Suzana Couture utk belek2 pelamin, baju2 pengantin, aksesori2 & mcm2 lagi...!!!

Monday 5 March 2012

Fotografi

Fotografi adalah salah satu bahagian yang paling penting dlm apa jua majlis pn... Sebagai bukti & kenangan utk majlis2 yg dijalankan..

So, fotografi sudah tentunya penting dlm majlis perkahwinan.. betul x?? :) Sebagai kenangan terindah yang boleh ditatap oleh kwn2, saudara-mara & tentunya anak2 kita satu masa nanti...

Di D'Suzana Couture, kami menggunakan perkhimatan fotografi dari Mangga Itu Kuning .







Sudah tentunya Mangga Itu Kuning yang kami akan syorkan kepada pelanggan2 D'Suzana Couture...

~~~> Photo's credit tu Mangga Itu Kuning