** Semua harga pakej perkahwinan & pertunangan bermula dengan harga yang tertera di setiap pakej di dalam blog ini. Sekiranya ada perubahan, penambahan & permintaan yang dikemukakan oleh pihak pelanggan, harga bagi setiap pakej akan dibincangkan semula. Bagi yang berminat & ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi kami, Pn. Suzana 012-727 1272 @ Ain 017-702 1812 **



Nota : Harga untuk pelamin & persalinan pengantin adalah mengikut trend & pattern.
Kos pengangkutan tidak termasuk di dalam mana-mana pakej.

Jika anda berminat dengan hasil kerja kami, tetapi anda inginkan pattern & design anda sendiri.... Jangan risau.. hanya e-mailkan design anda & kita akan berbincang...



Harap maklum.

Monday, 23 July 2012

Majlis Pertunangan Yani @ Taman Soga, Batu Pahat (07/07/2012)

Salam semua...

Hari ni Su nk update gbr utk mekap majlis pertunangan Yani @ Taman Soga, Batu Pahat.

Sebelum


Selepas




Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar... amacam?? kepada sesiapa2 yg dh nk menjadi tunangan org tu, jgn lupa pm2 Su @ FB utk tempahan... LIKE. LIKE. LIKE.

Anyway, to Yani dearest,

Selamat Bertunang & Jaga Diri.. awak tu berdarah manis, tau!!... hihihihi

Salam Ramadhan al-Mubarak....

Assalamualaikum...

Dah lama x bersiaran kat blog ni... masing2 sibuk ngan urusan pejabat & luar pejabat.. hurmmm.. so, mintak maaf byk2... lamanya x update.. huhuh... anyway, kalo tgk kat FB, Insya-Allah yg latest... hehehe..

Sempena Ramadhan yg mulia ni, Su & family ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua followers & FB friends yang beragama Islam.. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas & semoga puasa & amalan2 kita diterima oleh-Nya, Insya-Allah...



Monday, 28 May 2012

Majlis Pernikahan & Persandingan Lenny di Sri Medan, Batu Pahat (26~27/05/12)

Salam ceria semua......

2 hari ni, Su & team D'Suzana Couture berkampung di Sri Medan... Kali ni, tempahan penuh dari majlis pernikahan -----> majlis persandingan. Mujurlah team D'Suzana Couture ni semuanya rajin2 & baik2 belaka... hihhihihi

Jom sama2 kita lihat job kali ni..

Majlis Pernikahan (26/05/2012)
Sebelum


Selepas


Orangnya pn dh tersedia cantik, kan?? bile di mekap, wow!!!! bertambah-tambah lar cantik & serinya....

Majlis Persandingan (27/05/2012)





Kita lihat pulak meja makan berdamai & pelamin... Temanya ialah Merah & Putih...




Kepada Lenny & Suami,

SELAMAT PENGANTIN BARU
&
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI D'SUZANA COUTURE



Majlis Persandingan Olyn @ Felda Maokil, Segamat (19/05/2012)

Salam....

Jumpa lagi kita!! hihihi.. Happynya bile ada job ni!! Ada la chance utk bjalan2 & hirup udara segar kat luar ni...  Jom kita layan job Su kat Segamat ni...

Sebelum


Selepas




Kepada Olyn & suami, terima kasih kerana mpercayai D'Suzana Couture & Selamat Pengantin Baru....

Majlis Perkahwinan Dilla @ Tongkang Pechah, B.Pahat (05/05/2012)

Salam...

I'm bacckkkkk!!! Job pertama sesudah selesainya berpantang... nervous jugak sbnrnya ni... hihihi... I'll do my best... & this is the result....

Sebelum


Selepas



Alhamdulillah... Nampaknya Dilla pn berpuas hati dgn mekap Su ni... Terima kasih Dilla...

Semoga Dilla & suami berbahagia dunia & akhirat.. amiiinnn...